10 ASAS URUS DUIT BISNES1. Orang muda usah pinjam untuk mulakan bisnes. Sewaktu muda kumpul aset, bukan buat hutang.2. Orang tua usah guna duit pencen / KWSP untuk mulakan bisnes. Separuh bisnes kecil bertahan kurang tiga tahun.3. Mulakan bisnes dengan duit yang ada dalam tangan. Apabila menjadi dan nak kembangkan, baru buat pinjaman.4. Pinjaman peribadi atau kad kredit kenakan kadar faedah tinggi. Usah gunakan itu sebagai modal memulakan bisnes. Tak berbaloi.5. Asingkan duit bisnes dan duit peribadi. Anggap syarikat sebagai entiti berasingan. Masukkan duit dalam akaun berlainan. Kalau dah habis duit peribadi, usah rompak duit bisnes sendiri.6. Kalau nak berhenti kerja untuk berbisnes, pastikan ada sekurang-kurangnya simpanan bersamaan enam bulan perbelanjaan. Kalau ada 12 bulan lagi baik.7. Ikat perut sewaktu mula berbisnes. Apa yang boleh potong, potong. Cari jalan supaya dapat free. Usah belanja mewah.8. Pastikan aliran tunai bagus. Usah tercekik. Sebahagian besar bisnes bungkus disebabkan gagal uruskan aliran tunai dengan baik.9. Masukkan gaji kita dalam perbelanjaan bisnes. Kalau syarikat tak mampu bayar, catatkan sebagai hutang syarikat kita kepada kita. Apabila syarikat berkembang nanti, bayar balik gaji kita yang terhutang itu.10. Usah menunjuk harta dan wang ringgit. Bukan semua orang suka lihat orang lain berjaya. Ramai manusia berhati busuk.-NOBISHA-#HafizHiew#y2successhttps://Lebgul.com

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *